Wednesday, January 26, 2011

Tenaga Solar Di Malaysia Tidak Mencukupi

Metro 26 Jan 2011: Keupayaan teknologi hijau khususnya dalam penggunaan kecekapan tenaga (EE) dan tenaga boleh diperbaharui (RE) sentiasa dikaitkan sebagai cara terbaik menangani isu kenaikan harga tarif elektrik atau pemanasan global.

Tenaga solar misalnya yang boleh menukarkan cahaya matahari kepada arus elektrik dikatakan mempunyai potensi besar dalam memacu pembangunan negara.

Walau bagaimanapun, penggunaan tenaga solar masih belum mampu digunakan dalam operasi pusat data yang merangkumi sistem pelayan dan storan memandangkan tenaga yang dibekalkan tidak cukup untuk menampung kuasa elektrik.

Pengurus Besar Negara Jualan Dell Malaysia, Yuri Wahab berkata, kemampuan tenaga solar sehingga kini hanya terhad kepada penggunaan ringan seperti penjanaan lampu dan produk elektrik lain yang mempunyai kadar voltan rendah.

"Malaysia berada pada kedudukan kukuh untuk muncul sebagai pengeluar tenaga solar terbaik dalam tempoh beberapa tahun akan datang susulan pertambahan dan pemindahan syarikat berteknologi tinggi dalam industri itu"